followers!!! fuh

Saturday, 27 July 2013

PUASA WEY PUASA

Puasa yang amat dinanti-nantikan.

Selamat hari raya,
Aidilfitri mulia,
Ampun maaf dipinta,
Mensuci hening dosa.

Malam semalam, 3 hari sebelum hari puasa la, aku bersemangat giler nyanyi lagu raya ni.  Sebab x lama lagi nak PUASA!!! Wohoooo… aku dah tak sabar nak berpuasa ni. Semangat ni semangat. Oleh kerana aku terlampau nak bersemangat, aku pun  selalu la melalak lagu raya kat bilik mandi biar satu blok aku dengar. Sampai aku bermain bola tampar pun siap menyanyi dan menari lagu raya. Hahaha….
So, kenapa aku semangat giler punya besar bapak nak sambut bulan ramAdhan ni? Kenapa? Kenapa? Bukan aku saje yang tak sabar kan. Korang pun mesti dah tak sabAR nak puasa. Yela, lepas  puasa raya.  Puasa nak sekejap. Raya nak lama2.





Aku bagi tahu pun korang mesti dah tahukan. Korang kan bijaksana, bijaksini, bijaksinun. Bulan ramadhan ni la segala pAhala amalan dilipat gandakan. Bulan lain takde cam tu.( Setahu aku la. Lau ada salah, please tegor aku wey) bulan muharam xde. Bulan ayam ke, bulan naga pun xde.. so, korang kene berlumba-lumba pakat ramai-ramai buat ibadah. Ibadah pula bukannya korang solat 24 jam. Bukan. Salah tu.  Ape2 yang korang buat niat kerana ALLAH pun dah dapat pahala. Contoh la, ko study math ke, tidur sekejap kasi hilang sengal2 badan ke, ko tolong makcik melintas jalan ke, ko doakan kesejahteraan mak bapak nenek moyang ke. Ni contoh k. contoh. So, banyak2 la buat amalan mulia k.






Kalau masuk bulan puasa, benda yang agak2 familiar mesti teraweh dan tadarus. Masa dulu2, zaman aku still sekolah rendah la. Lepas berbuka, kumpul  geng ramai2 nak pergi masjid. Dalam poket dah ready an mancis, mercun padi bagai. Kata kat mak, nak pergi teraweh. Sampai kat masjid, teraweh tolak tepi,main mercun  diutamakan. Orang tengah sibuk teraweh, kitorang sebok nak lawan main bom. Alaaa, budak2…Tapi kitorang tak pernah miss tadarus. Tiap tahun mesti buat . Siap berlumba pulak tu. Sape lambat confirm balik rumah sorang-sorang. Dah la jalan seram plus sunyi pulak tu. Tak pun, sape yang lambat confirm x akan jumpe selipar sebab dah kena sorok. Yang best pasal tadarus ni, bila dah penghujung bulan ramadhan, confirm dapat duit. Aku tadarus sebab duit? Tak. Aku tak.Hahaha. Seronok kan. Seronok nyerrrr….



Asal bulan puasa je, masa tu la segala jenis MERCUN ,BOM, DAN BUNGA API yang dijual akan laku. Sape-sape yanG tak main benda2 camtu time puasa or raya maksudnya hidup korang belom complete wey.  Benda ni ibarat heaven bagi  budak2. Benda ni juga melambangkan kehebatan korang. Semakin besar bom yang korang main, semakin  tinggi ar  market korang. Muka tak yah hencem sangat yang penting kena hebat main bom an mercun. Ni level budak2 punya pemikiran. Tiap kali bulan puasa, aku la yang paling banyak main bom sebab mak aku jual bom mercun n bunga api kat kampung tu. Tokey mercun. Agak beruntung juga tau. So, heaven do. Aku tak layan bunga api ni. Kalau layan pun sebab dah bosan giler.



 Bulan puasa xde lunch kan? Xde masa nak tengok wayang kan.? Kalau tengok pun confirm korang tak de la nak beli popcorn combo 1 ke combo3 ke Kan? Secara otomatiknya, DUIT PUN JIMAT.  Macam aku,Kalau hari-hari biasa, satu hari aku akan habiskan dalam  rm10 plus plus plus. Tu baru bab makan, belom  tambah dengan duit reload handphone lagi, print nota lagi, beli jajan lagi, lollipop lagi. Banak tol aku membeli belah. Bila dah masuk bulan ramadhan, overall semua perbelanjaan aku ngam2 rm3 je. Yelah, aku ni  tak bangun sahur punyer. Beli makanan time berbuka je. Satu hari rm3. Jimatkan!jimatkan! kalau korang yang suka pergi bazar, pandai2 la manage duit and Paling penting kawal nafsu korang tu. Takde dah setan2 nak hasut korang. Nafsu tu. Takpayah nak beli banyak2. Perut korang bukan besar mana pun. Duniawi wey duniawi~ hahaha


Kawasan rumah yang dahulu kalanya sunyi sepi sekarang dah terang benderang dengan cahaya pelita, cahaya lampu raya dan tak lupa jugak kat cahaya bulan. Bulan ni je  orang ramai akan pasang pelita banyak-banyak kat depan rumah. Seronok doe. Nampak comel je.



Kalau kaki tv, kompom seronok kan sebab bile bulan puasa banyak je cerita best2 bersempena bulan puasa tak pun raya.Tapi benda yang aku x berapa nak suka  kat program  talibesen program  or iklan yang ada kaitan dengan bab makan or minuman. Ada ke patut diorang buat program yang boleh aku  melileh air lior. Yela, orang puasa katakan. Hari tu, aku puasa tau, tengah layan bosan aku bukak la tivi. Sedap2 usha channel mana yang best tiba2 lak ada program masak-masak ape entah. Aku Pun tengok la sampai ternganga mulut aku bile lihat ayam yang diorang panggang tu. Pastu iklan lak promote air coke. Nyaris2 aku nak pergi kat peti ais pergi minum  setin coke pastu buat2

‘EH, BULAN PUASA EH?! AKU TERLUPA LA, X BATALKAN LAU LUPE…’


Paling aku x tahan nak buat time bulan-bulan mulia ni, aku paling tak tahan nak korek hidong . Asal puasa je, confirm tangan aku gatal je nak korek2. Time bulan lain x macam ni. Tak tahan do. Nafsu nak korek hidong  tuh, perghhh… YA ALLAH!TUHAN JE TAHU BETAPA NIKMATNYE. HAHAHHA. Kadang-kadang aku terkorek tau sebab tangan aku ni automatic tau bukan manual, jadi aku cakap kat diri aku yang aku lupe . sah lagi puasa aku kan. Tak sengaja wey.

 Bile cerita sal ramdhan ni, teringatkan zaman dulu2, zaman kanak-kanak. Sekarang ni dah besar dah  tak boleh nak main-main lagi. Tapi walaupun umur aku dah meningkat aku still lagi main bom kat depan rumah. Hahahaah

SO, KORANG AMACAM? BEST TAK PUASA???
Done by kay

2 comments: