followers!!! fuh

Monday 29 June 2015

dadah

dadah.

 kenapa aku nak cerita pasal dadah?
sebab dadah ni dah macam gula-gula. senang nak dapat.
sebab remaja sekarang banyak yang terlibat dengan dadah. 70% remaja negara kita ni memang terlibat dengan dadah.

dadah ni banyak. ko tak amik pon, ko kena amik port amik tau, jangan sampai ko kena tipu dengan member kau sendiri

ganja. kaki stoned.
pop.kaki smack. kaki fly
k.kaki goyang
fai.xde memory landing


sedap memang sedap.
sedap sampai ke langit beb.
sedap sampai ko nak lagi.
sedap sampai duit ko dh habis
sedap sampai mata ko rabak
sedap sampai mulut kau kacip
sedap sampai kaki x berhenti
sedap sampai ko xleh berhenti menari

dadah memang sedap.

sedap sangat pon ada bisa nya pada badan kau.
sesap sangat pon ada LA akibat nya



Saturday 18 January 2014

MAIN SUKAN BOLEH GANGGU PELAJARAN KE???

SALAM U OLLS.... amacam sekarang? dah makan ke?? dah study nak final? budak2 kat kampus aku sekarang ni tiba-tiba rajin pergi libry. biasala kan, musim nak final exam. kalau tak, takde la korang nak jumpa budak-budak U rajin gila nak menghadap buku, sibuk buat study group,sibuk membaca dalam jamban, sibuk menyibuk hal orang.


body ni lawa doh!!!


what can i say, Final dh tiba ibarat esok nak kiamat. hahahah

tapi aku dan member ku still releks ok. still sempat melepak pergi swimming petang2 . malam-malam pergi training.
nape???
x boleh ke aku nak beriadah walaupun musim exam?
aku selalu terdengar makcik-makcik , cikgu-cigu merungut yang sukan ni mengganggu dan menjahanam kan prestasi akademik.

                            WHAT THE HELLLLLLLLLLL???!!!!


fakta mane entah la korang ambik ni. bersukan akan membuat anak korang tak fokus dalam kelas?
meh sini aku nak cerita sedikit. pernah dengar tak pepatah gini

                   badan cergas otak cerdas

so , kalau nak anak-anak pandai kena la bagi diorang bersukan. bila bersukan diorang akan berpeluh. bila berpeluh, diorang mandi. bila berpeluh , maka secara x lansung badan diorang akan mengeluar kan sisa toksin dalam badan diorang. bersukan jugak dapat menhindarkan diri dari sebarang penyakit.~ see.... banyak faedahnya. 

selama aku bersekolah, tiap tahun aku akan mewakili sekolah dalam mana-mana sukan. biasanya aku join lompat katak, terjun sungai, lari dalam guni,    olahraga, bola baling, bola jaring.

bila aku bersukan, masa aku tak terbuang dengan buat benda-benda x berfaedah seperti melepak usha bintang di langit, tidur berjam-jam semata-mata nak bermimpi bercinta dengan adi putra, online sampai lebam. see~ nampka benda tu tak berfaedah   hahah

result SPM aku? ?  boleh tahan. takder aku gagal. aku layak masuk UITM. first intake tu. so ini membuktikan BERSUKAN TAK MENGGANGGU HIDUP MAKBAPAK   PELAJARAN KORANG HAHHAHAHA


 p/s : masa final aku sibuk training. masa study n ltihn kena pandai2 bahagi. tapi alhamdulillah, aku dapat gangsa and dapat 3.35  pointer naik mendadak!!1

peristiwa balik kampung~~

heys.. lamakan aku menghilang. ni aku nak story cikit pasal cerita aku balik kampung. saja ja nak story2.

tanggal 2 ogos, aku punye flight kul 7.30am.

khamis.12 tengah hari. kampus aku
aku dah siap2 call abang dragon soh dia amik aku kat kampus mlm nikul 10pm. AKU Panggil di abg dragon sbb viva dia ada sticker naga. GEMPAK SIA!!!
 hari ni  merupakan hari last before aku balik raya.  bukan last day aku kat sini k. lama lagi ni. hari ni,memang sibuk giler sampai dapat mengalahkan kesibukan perdana menteri kita .
hari ni aku ada 2 test. memandang kan aku terlampau seronok  sakan nak sambut raya sehingga aku lupe nak study and nk hafal formulae  asyik keluar pergi tengok baju raya kat pasar malam, walhal satu benda pun aku x beli. saje2 nak cuci mata time nak raya.. nasib bek aku ada study cikit. ala, aku kan budak pandai,  tak payah study selalu  pun. hahaha ( em.. lubang hidung semakin mengembang) kedua2 test tu aku dapat jawab dengan sepenuh konfiden dengan bantuan member sebelah.  kitorang bertiga budak repeater  untuk subjek tu, so kitorang dok dekat-dekat so boleh la nak meninjau. tinjau je, bukan tiru okeyh! perghhh sakit mata aku tau sebab asyik menjeling paper kawan aku . kawan aku lak menjeling-jeling kat paper aku. nasib bek lecturer tak perasan . HAHAHA. TU LA GUNA NYA KAWAN.SUSAH SENANG BERSAMA. AKU TERHARU SEBAB ADA KORANG. TANPA KORANG  XKAN LULUS LA AKU.  disebabkan aku asyik menjeling aku pun rasa malas nak pergi koko (kokurikulum). alasan aku mata sakit sebab asyik meniru.  Agak-agak kalau aku  pergi  ke unit kesihatan kan, doktor tu  bagi MC tak?? bagi tak?
. koko start kul 5ptg. masa tu aku dah siap2 plan nak pergi jeti nak beli JERUK PAK ALI. ko tau tak jeruk pak ali ni???? ko tak tau?? wey,, hidup ko tak lengkap lau tak merasa keenakan jeruk ni.

HA JERUK  ni tak wujud pun dekat negeri kelahiran aku. so aku pakat beli untuk family aku. at least aku balik bawak ole2 kan. so aku pakat ajak YASMIN. BUDAK SEM1 . JUNIOR AKU.  aku ni lebih suke kawan an budak junior sebab diorang chomel2 ayu2 kiut2. ah! ko jangan  nak kata aku ni LEsbo pulak!aku lempang berapit kang.
. haha so, aku an yasmin pun pergi lar  ke jeti. nek bas rapid. sampai jeti,  2 minit before azAN. apalagi aku pun borong JERUK PAK ALI tu . RM 3O AKU HABIS.aku tak berbuka lagi tu, sebab ayik nak memborong . tapi dalam mase yang same, aku makan sampai licin jeruk kat dalam bekas yang ada tulis TESTER. masa tu aku dah terdengar sayu-sayup bunyi azan. dan aku  makan tanpa mempedulikan air muka mak cik kedai itu. , hahah yasmin pulak , aku agak-agak la, boleh rm3o jugak dia berhabis. yasmin ni chomel tau, kitorang baru je jumpa baru kenal terus ngam. sonok dapat kenal an dia. dia ni banyak cakap. x bosan kalau jalan2 an dia ni. aku pun asyik gelak je bila tengok dia bercakap. chomel doooo. ha, suara dia ni macam kartun pun ada.

tadi dah azan kan,so kitorang decide buka puasa kat sini je la. aku order nasi ayam goreng. bulan puasa ni aku dah gila sikit an menu ni.. tak tau nape. habis makan aku baru teringat yang aku nak beli dvd RAID REDEMPTION. citer ni dah lama aku cari. dari sem lepas. dia ni pasal ala2 polis an gengster kat indon. citer ni full AKSI . so lau korang ni jenis layan jiwang aku sarankan jangan tengok citer ni. sumpah jangan.kompom hidung korang bernanah . aku dah bagi amaran keras ni. citer ni banyak lawan2 je. tak banyak cakap. aku bagi 100 bintang  plus komet2 untuk citer ni.

then. sambung cerita , aku n yasmin pun pergi ke jusco semata-mata nak beli citer tu. dari jeti nak ke sana ada dalam 3o minit kot. maaf sebab aku bukan penjaga masa pun. so, sblum masa berlalu dengan cepat, aku pun cepat2 berlari ke tingkat 2 dan terus membeli dvd kesayangan aku. dah lah tangan kitorang penuh an jeruk pak ali .pergh.... masih ada!!! abg cashier yangg tlg carikn!!! sayang abg cashier.love u bang!!!!! so, skang jam aku dh tepat pukul 9.oo mlam. ada 45 minit lg untk abg dragon tu sampai amik kitorang, ada lgi masa. so, aku n yasmin pun berlenggang ibarat itik pulang petang . relek je. nak kalut pe. sambil mata ni melilau -lilau tengok abang hensem2

okay, sampai bustop jam dah 9.12 p.m. so kitorang dengan yakinnya menunggu bas akan hadir menyinari hidup kami. tapi hampa. satu bas pun xda. kitorang dh start sipek (mean: gelabah)pukul 10pm nant  abang dragon dah sampai depan gate U. aduh bala ni. bala!
  aku suruh yasmin call mana2 pakcik prebet yang boleh tolong amik kitorang sekarang . malang tak berbau taik , semua pakcik-pakcik-pakcik-pakcik prebet tengah busy dok hantar budak-budak U pergi jeti.

adush! aku lupa pulak yang sekarang nih budak-budak semua sibuk nak balik kampung. kompom2 la pakcik prebet bz nak gila woo...

hati dah gabra gila. yasmin lak dah wat suara cam nak nangis. aku dah fikir nak jalan kaki je la balik ke uitm. tapi jauh ooo.... dekat nak setengah jam baru sampai. dush2!!
kitorang nampak satu bas lalu, kitorang lari kejar nas rapid tu. tapi yang macam bangang nya dia lansung tak nak berhenti. walhal aku dah siap lambai kuat gila. hahha  last2 aku an yasmin jalan kaki nak balik uitm.

sambil berjalan tu, sambil tu aku tahan nak gelak tengok yasmin pot pet pot pet. hahahahah sampai kat up town aku nampak ada satu bas uitm. aku try tahan. and bas tu stop. Tuhan masih nak tolong. hehehe. perghh masa tu dah boleh bernafas dengan lega dah..

sampai je uitm, aku terus kemas barang aku and then cepat-cepat pergi ke gate depan nak tunggu abang DRAgon mai ambik kitorang.aku fikir masa tu dah boleh bertenang. tapi kenapa aku still rasa cam tak kena.

LOKER TAK KUNCI!!!
 sumpah aku tak terfikir lansung pun. aku terus lari balik kebilik aku. dah lah jauh. macam haram je.. nasib baik masa tu abang dragon tak sampai lagi. hahahaha

dalam 15 minit lepas tu baru dia sampai then kitorang pun sampai airport dengan nafas segar!!!
hahaha

# aku rasa time ni la aku serabut gila gila gila gila

Sunday 24 November 2013

forever alone

mood : i feel like to be alone  everyday, everytime, and everysecond. weird hah?

aku suka JALAN SORANG-SORANG. sebab aku suka berjalan ikut suka kaki aku dan bukan sebab nak follow member walaupun aku sebenarnya tak suka nk follow diorang.

AKU SUKA MAKAN SORANG-SORANG.  sebab bestfriend aku tengah ada kelas takpun tengah tidur. kesian dia penat2. aku makan time perut lapar. makan pon perlu ada time table gak ke?

aku SUKA PERGI KELAS SORANG-SORANG.. sebab aku tak suka jalan lambat-lambat. kalau dengan member confirm lambat. sebab asyik berosip jer takpun gelak-gelak. hahahahah
aku SUKA DUDOK DALAM KELAS SORANG-SORANNG. sebab kalau aku dok an member-member, sah aku tak belajar. asyik borak jer.

aku suka masuk ape-ape aktiviti yang aku minat.
bukan join sebab ada member dalam kelab tu

aku sukaSORANG-SORANG. sebab aku tahu betapa  sedihnya bila kawan sendiri mengutuk kita dari belakang.
bila kawan sendiri jatuhkan maruah kita depan orang ramai.
bila kawan sendiri suka menipu kita.
bila kawan sendiri hanya muncul bila kita senang, time susah bayanh pun tak nampak.
bila kawan sendiri yang pecahkan rahsia kita.


Saturday 28 September 2013

>FINAL !!! DAMN!!!

final exam!!!!
final!



3 hari sudah berlalunya musim peperiksaan akhir untuk budak-budak diploma macam aku ni ha. budak-budak sudah insaf. insaf daripada asyik berseronok, bermain-main, asyik kuar tengok wayang, menghabiskan duit ptptn yang terlampau banyak di dalam akaun bank. yah, memang! memang itu lah tujuannya pihak ptptn bagi kitorang duit kan. kan? kan? kalau kau jawab YA! maka kau tergolong dalam budak-budak pelajar ipta. hahahaha

bila final melanda, secara automatiknya, bebudak sudah kembali  INSAFFF  mengahadap buku, berjumpa lecturer untuk bertanya soalan spot, berdiskusi tapi lebih kepada dating or menyembang, duduk berjam-jam di perpustakaan. kalau boleh tidur dalam tu, aku rasa memang diorang berkampung kat dalam tu. well, jangan berasa hairan, sebab otak kitorang memang terlampau genius dan bijaksana bijaksini, sebab itu lah kitorang hanya study time dekat2 nak final. esok paper, malam itu la baru nak bukak buku. ada yang paling dasyat, time2 nak study baru perasan yang buku entah ke mana. mungkin hilang di bawa tikus barangkali..
 ada jugak species yang menyerahkan nasibnya bulat-bulat pada takdirl. haaa, macam ni la ayatnya.

 " wey, esdok aku tawakal je la. lantak ar lulus ke tak"



bahana final semakin hangat terasa apabila keadaan surrounding menunjukkan betapa bimbang nya mereka dengan final. masing-masing bertanya persediaan exam.

"PERGHH, AKU X HABIS STUDY WEY, RISAU DEN."
"HANG DAH HABIS BACA BAB 5 KE BLOM?"
"WEY2, KO BILA TEST?
"OI JEMAH! K DAH STUDY KE BELOM?"
"MAN, AKU NERVOUS LA"


 DAN TIDAK KURANG JUGA YANG SIAP BERTANYA TENTANG PERSEDIAAN BALIK KAMPUNG


 " ko dah beli tiket bas ke?"
" ko bila balik wey?"
" ko dah pack barang2 ko tak? "


WELL, itu lah yang berlaku semasa dan sebelum final.. nasihat aku, JANGAN STUDY LAST MINUTE. 
SUMPAH KO AKAN RASA MENYESAL GILA WEY. MASA TU BARU KO TERFIKIR ALANGKAH BAIKNYA KALAU AKU DAH STUDY AWAL2. XDE LA OTAK AKU CAM BANGANG SEKARANG. HAHAH ANYWAY, GOODLUCK TO ALL MY FRIENDS!!! LOVE U OL!!!!

=PSTTT. esok aku test ctu151, n aku ada 3  bab lgi yg aku lom baca.

Thursday 26 September 2013

musim sukan melanda

PEtangggggg....
ehem.... minggu ni budak-budak U sekarang dah start sibuk nak turun latihan untuk SUKAN.



so, sekarang ni dah boleh dikatakan musim sukan la. masing-masing sibuk nak tunjuk bakat terpendam yang dah berapa lama diperam sehingga busuk baunya  (HAHAHHAHAH),  sibuk nak tunjuk skill masing-masing, aweks gerdik-gedik pun tak lupa jugak. diorang pun dah start rajin nak joging petang-petang , saje nak tunjuk yang diorang ni pon bersukan jugak padahal nak cuci mata tengok abang-abang senior yang tengah training futsal... alaahhh..... normal la.

sukan kat sini ada macam-macam.  ada bola tampar, futsal, netball, hoki, bola baling, tennis, and  banyak lagi la.aku malas la nak taip semua sukan sebab aku x join pon sukan2 yg aku sebut ni hahaha



 kebiasaannya, sebelum ni, memang sunyi je kat court U ni .. siap ada bunyi KRIKKKK... KRIKKK. kalau dalam versi komik memang korang nampak daun-daun jer yang terbang di bawa angin.
tapi , tu citer lama, skang ni, semua court dah penuh  dengan budak-budak cerdik pandai .sampai ada pasukan yang bising-bising x dapat padang. haaa,.. meh sini aku nak story-sikit kat hang....

macam cerita petang tadi la, dalam pukul 6 pm, member aku  ajak aku pergi main futsal. saje nak datang menyibuk walhal aku mane reti nak main futsal. tapi memandangkan member baik ajak, aku pon pergi la dengan harapan boleh meng 'improve' kan bakat terpendam aku kannn. sampai2 je dekat court futsal, aku terus la join budak-budak ni main.  sepak-sepak biasa je, tak samapi 20 minit kitorang dah kena halau sebab budak2 bola tampar nak guna court. kitorang nak lawan?? memang tak arr. diorang tu abang-abang senior kot. gile kooo....
so kesimpulan nye, kitorang duduk tercongok je dekat tepi court sambil  tengok diorang main. sambil-sambil tengok tu, sempat gak aku dengar diorang ni emmmm.... bukan mengumpat okeyyy.. not my type okay.. talk shit about them... diorang ni, cerita la dekat aku yang diorang bengang la ada budak ni join sukan sampai 3 game. memang dasyat giler. lau hebat sangat takpe la.  lau confirm-confirm dapat pingat emas x pe kot. hhah  yela, ko bayangkan, ko nak main sampai 3 sukan. dapat ke ko nak bahagikan badan ko jadi 3 untuk pergi training. sebab time training untuk semua sukan  sama jer and dapat ke nak fokus untuk menang. amik contoh la. ko join futsal, bola tampar dan netball. ko yakin ke dapat turun training setiap kali latihan. stamina ko terlampau cukup ke?ko betol-betol dapat bagi komitmen ke? pleaseeee... JANGAN NAK JADI TAMAK. kalau ko nak tamak dalam bab makan, tu lain cerita la. ni tak, semua game ko nak rembat. bagi la peluang budak-budak lain untuk menyerlahkan bakat diorang pulak. asyik muka ko jer. kalau menang takpe la. ni tak, training selalu escape.

itu baru training. TIME TENGAH GAME  lain pulak cerita.. entah tiba-tiba game ko clash. 2 game jatuh pada hari yang sama and bertambah haru bila jatuh  pada masa yang sama. tak ke rasa macam jahanam bila pasukan ko betol-betol tak cukup player.  betul-betul macam emmmm... tak payah la aku nak sebut macam mana perasaan tu.

game clash lain cerita, ni pulak tina-tiba ko injurd sebab ko ada game sebelum ni. ko injurd bukan injurd ringan-ringan. ko bayangkan.. tak ke haru team ko nanti. jadi sebelum korang nak join apa-apa sukan , make sure korang tahu korang ada peluang menyerlah dalam game tu.  ko pandai main ke tidak, tu tak penting sangat. BAKAT BOLEH DI ASAH. yang paling penting,  ko ada KOMITMEN ..bukan setakat sukan je, semua benda yang ko buat mesti memerlukan komitmen yang tinggi.

so, point aku dekat sini sebenarnya nak bagi tahu kat korang, korang ambik banyak2 sukan dalam satu masa yang sama memang bukan satu keputusan yang bijak.
kalau nak berjaya, join satu sport,  fokus betul-betul, tanam matlamat ko, contoh ko nak emas ke, perak ke, asal kan ko ada hala tuju. then rajin turun  latihan. bab ni paling penting, ko main sampai peringkat negeri sekali pon, tapi ko tak pergi training , takde guna nya. lepastu bagi komitmen. dengar cakap coach.haaa selamat la kau. ni  pendapat aku saja. bukan fakta ok.

p/s : aku join 2 game takpe, aku ni tough HAHAHAH

Monday 16 September 2013

boring day

hi there. long time not see u all. kinda bz always.

perghh.. sejak bila pulak aku speaking nih, huhuhu

so, hari ni hari ahad. baru minggu ni je aku rasa aku dapat restkan bandan-badan aku. asyik ada program je, sampai budak dalam bilik aku pun dah jarang tengok aku melekat kat dalam bilik ni. aku tahu mesti dioraang hepi  bila aku takde. hahahahaha.aku rasa time kul 11 mlm sampai kul 8 pagi jer aku ada kat dalam bilik. tu pon sebab nk mandi takpun tidur. masa2 lain aku banyak habiskan dengan training.


so, apa yang aku nak story kat sini? nahhhhh,, aku pun dah tak tahu nak taip apa kat sini. nak cerita pasal abang-abang senior , takde yang menarik perhatian, nak cerita pasal boyfriend, aku xde boyfriend. DAMN!!!!! y i still  dont have boyfriend????!!!!


so, hari ahad aku jadi membosankan disebabkan aku xde plan ape2. nak kluar, duit pulak dah habis tengok wayang an adik junior yang hensem. budak-budak pulak ramai yang balik kampung. mentang-mentang la rumah dekat. ape yang aku buat sepanjang hari ni??

em. em.
pukul 11.30 am.
mata aku tiba-tiba terbuka luas disebabkan silauan cahaya yang menyinari segenap bilik aku. tengok jam kat handphone. ambik bantal tekup kat muka, sambung tdur balik.

pukul 2 pm.
bangun. mecej member ajak pergi swim. toleh kiri. tengok member masih nyenyak tidur. sambung tdur balik.

pukul 2.35 pm.
bangun. terasa lapar yang teramat.cuci muka. bangunkan member ajak turun makan.

pukul 3pm.
turun lepak makan sambil usha abang-abang macho. yang muka cam tongkang pecah tolak tepi.

pukul 5.30pm
bergerak ke gate belakang kampus . pergi kolam renang awam

pukul 9pm.
habis berenang. balik kampus. sidai baju. tidur




that was wonderfullday!!!!!!!!