Malam isnin, aku ada meeting kelab swimming,. Aku ni tak
pandai berenang jadi aku pun ekot la member aku ni masok kelab renang. Kot-kot
mana la tau nanti aku boleh jadi handal macam Pandalela rinong malah lagi hebat
dari beliau. Hahaha
. Meeting punya pasal, aku terpaksa tundakan masa nak buat
lab report . esok dah kena hantar ni!
‘ala, setakat report je. Ceh apa lah sangat. ( bahana suka buat
tangguh2). Tepat pukul 12.30 mlm, meeting pun habis, so akak2 senior n abang2
senior yang budiman pun ajak la kitorang lepak makan kat food court. Aku an
member aku pun join la. Aku siap order burger ayam satu sebab lapar. Bukak
puasa tadi makan nasi plus ikan keli je.. tunggu burger punye la lama . dalam
30 minit lepas tu baru siap. Yang aku pelek,
tak ramai pun yang order burger kat kedai tu, tapi lama gile dia buat.
Sampai bilik aku
terus makan. Makan burger and sambil
belek-belek laptop, mana tau bertukar jadi jongkong emas ke ape. Baru setengah
aku makan, tiba-tiba aku rasa something wrong with lip. Oh ma gad!!! Aku rasa
cam membesar je bibir aku doh. Keturunan
aku ni takde la allergic dengan ayam, tapi kenapa tiba-tiba bibir aku
bengkak. Makna burger je dah boleh
membuatkan bibir aku membengkak dengan dasyat. Lau aku sempat amik gambar,
memang aku akan post kat blog ni. Bukti!
Gelabah gila aku. Tapi takde la samapi menangis sambil
meraung-raung bagai, aku cool je. Aku
rasa ni balasan aku sebab tadi aku an kawan aku ada kutuk-kutuk sorang awek ni.
Tobat aku nak kutuk orang time bulan puasa. 30 minit lepas tu baru bibir
aku back to normal. Selamat do selamat.
Lau tak malu aku nak masok lab esok pagi ..
Lepas ni aku tak nak dah beli burger kat kedai tu lagi. Tak
nak!

No comments:
Post a Comment