Puasa yang amat dinanti-nantikan.
Selamat hari raya,
Aidilfitri mulia,
Ampun maaf dipinta,
Mensuci hening dosa.
Malam semalam, 3 hari sebelum hari puasa la, aku bersemangat
giler nyanyi lagu raya ni. Sebab x lama
lagi nak PUASA!!! Wohoooo… aku dah tak sabar nak berpuasa ni. Semangat ni
semangat. Oleh kerana aku terlampau nak bersemangat, aku pun selalu la melalak lagu raya kat bilik mandi
biar satu blok aku dengar. Sampai aku bermain bola tampar pun siap menyanyi
dan menari lagu raya. Hahaha….
So, kenapa aku semangat giler punya besar bapak nak sambut
bulan ramAdhan ni? Kenapa? Kenapa? Bukan aku saje yang tak sabar kan. Korang pun
mesti dah tak sabAR nak puasa. Yela, lepas
puasa raya. Puasa nak sekejap.
Raya nak lama2.
Aku bagi tahu pun korang mesti dah tahukan. Korang kan
bijaksana, bijaksini, bijaksinun. Bulan ramadhan ni la segala pAhala amalan dilipat gandakan. Bulan
lain takde cam tu.( Setahu aku la. Lau ada salah, please tegor aku wey) bulan
muharam xde. Bulan ayam ke, bulan naga pun xde.. so, korang kene berlumba-lumba
pakat ramai-ramai buat ibadah. Ibadah pula bukannya korang solat 24 jam. Bukan.
Salah tu. Ape2 yang korang buat niat
kerana ALLAH pun dah dapat pahala. Contoh la, ko study math ke, tidur sekejap
kasi hilang sengal2 badan ke, ko tolong makcik melintas jalan ke, ko doakan
kesejahteraan mak bapak nenek moyang ke. Ni contoh k. contoh. So, banyak2 la
buat amalan mulia k.
Kalau masuk bulan puasa, benda yang agak2 familiar mesti teraweh dan tadarus. Masa dulu2, zaman
aku still sekolah rendah la. Lepas berbuka, kumpul geng ramai2 nak pergi masjid. Dalam poket dah
ready an mancis, mercun padi bagai. Kata kat mak, nak pergi teraweh. Sampai kat
masjid, teraweh tolak tepi,main mercun
diutamakan. Orang tengah sibuk teraweh, kitorang sebok nak lawan main
bom. Alaaa, budak2…Tapi kitorang tak pernah miss tadarus. Tiap tahun mesti buat
. Siap berlumba pulak tu. Sape lambat confirm balik rumah sorang-sorang. Dah la
jalan seram plus sunyi pulak tu. Tak pun, sape yang lambat confirm x akan jumpe
selipar sebab dah kena sorok. Yang best pasal tadarus ni, bila dah penghujung
bulan ramadhan, confirm dapat duit. Aku tadarus sebab duit? Tak. Aku
tak.Hahaha. Seronok kan. Seronok nyerrrr….
Asal bulan puasa je, masa tu la segala jenis MERCUN ,BOM, DAN BUNGA API yang dijual akan laku. Sape-sape yanG tak main benda2 camtu time puasa
or raya maksudnya hidup korang belom complete wey. Benda ni ibarat heaven bagi budak2. Benda ni juga melambangkan kehebatan
korang. Semakin besar bom yang korang main, semakin tinggi ar
market korang. Muka tak yah hencem sangat yang penting kena hebat main
bom an mercun. Ni level budak2 punya pemikiran. Tiap kali bulan puasa, aku la
yang paling banyak main bom sebab mak aku jual bom mercun n bunga api kat
kampung tu. Tokey mercun. Agak beruntung juga tau. So, heaven do. Aku tak layan
bunga api ni. Kalau layan pun sebab dah bosan giler.
Bulan puasa xde lunch
kan? Xde masa nak tengok wayang kan.? Kalau tengok pun confirm korang tak de la
nak beli popcorn combo 1 ke combo3 ke Kan? Secara otomatiknya, DUIT PUN JIMAT. Macam aku,Kalau hari-hari biasa, satu hari aku
akan habiskan dalam rm10 plus plus plus.
Tu baru bab makan, belom tambah dengan
duit reload handphone lagi, print nota lagi, beli jajan lagi, lollipop lagi.
Banak tol aku membeli belah. Bila dah masuk bulan ramadhan, overall semua
perbelanjaan aku ngam2 rm3 je. Yelah, aku ni
tak bangun sahur punyer. Beli makanan time berbuka je. Satu hari rm3.
Jimatkan!jimatkan! kalau korang yang suka pergi bazar, pandai2 la manage duit
and Paling penting kawal nafsu korang tu. Takde dah setan2 nak hasut korang.
Nafsu tu. Takpayah nak beli banyak2. Perut korang bukan besar mana pun. Duniawi
wey duniawi~ hahaha
Kawasan rumah yang dahulu kalanya sunyi sepi sekarang dah terang benderang dengan cahaya pelita, cahaya lampu raya dan tak lupa jugak kat cahaya
bulan. Bulan ni je orang ramai akan
pasang pelita banyak-banyak kat depan rumah. Seronok doe. Nampak comel je.
Kalau kaki tv, kompom seronok kan sebab bile bulan puasa
banyak je cerita best2 bersempena bulan puasa tak pun raya.Tapi benda yang aku x
berapa nak suka kat program talibesen program or iklan yang ada kaitan dengan bab makan or
minuman. Ada ke patut diorang buat program yang boleh aku melileh air lior. Yela, orang puasa katakan.
Hari tu, aku puasa tau, tengah layan bosan aku bukak la tivi. Sedap2 usha
channel mana yang best tiba2 lak ada program masak-masak ape entah. Aku Pun
tengok la sampai ternganga mulut aku bile lihat ayam yang diorang panggang tu.
Pastu iklan lak promote air coke. Nyaris2 aku nak pergi kat peti ais pergi
minum setin coke pastu buat2
‘EH, BULAN PUASA EH?! AKU TERLUPA LA, X BATALKAN LAU LUPE…’
Paling aku x tahan nak buat time bulan-bulan mulia ni, aku
paling tak tahan nak korek hidong . Asal puasa je, confirm tangan aku gatal je
nak korek2. Time bulan lain x macam ni. Tak tahan do. Nafsu nak korek
hidong tuh, perghhh… YA ALLAH!TUHAN JE
TAHU BETAPA NIKMATNYE. HAHAHHA. Kadang-kadang aku terkorek tau sebab tangan aku
ni automatic tau bukan manual, jadi aku cakap kat diri aku yang aku lupe . sah
lagi puasa aku kan. Tak sengaja wey.
Bile cerita sal
ramdhan ni, teringatkan zaman dulu2, zaman kanak-kanak. Sekarang ni dah besar
dah tak boleh nak main-main lagi. Tapi
walaupun umur aku dah meningkat aku still lagi main bom kat depan rumah.
Hahahaah
Done by kay

selamat berpuasa :) :)
ReplyDeletetenkiu eza... slamat berpuasa jugak
Delete