followers!!! fuh

Wednesday, 31 July 2013

BERSAHUR DENGAN K0PI + ROTI KERING

ehem..ahak3




 hari sabtu.. aku p tengok wayang. citer pacific rim..korang mesti tahukan cerita apa ni. tipu la kalau korang kata tak tahu. korangkan kaki wayang. member aku cakap citer ni boring giler giler giler. itu pendapat dia. sekali aku tengok,.  best giler  cter tu. sampai popcorn aku pun lansung tidak terusik akibat ketaksuban aku menontonnya. malah membuat aku malas melayan mesej yang masuk dalm handphone aku yang murah. cerita dia  macam ala-ala otomen taro takpun macam cop cop power rangers. aku ni kan peminat cartoon2 ala2 robot kan so kena tonton la .. haha lepas tgk wayang, malam tu lepak bilik member kejap. last2, aku tidur bilik dialah. sebab jarak hostel dia dengan aku teramat jauh dan aku takut jalan sorang2. kalau ada  VIN DIESEL temankan aku, aku sanggup.!! hehe.lagipun. bilik dia ada  wi fi. punya lah laju teramat sungguh. aku pun apalagi, menikmati rezeki yang sudah tersedia la.. x macam kolej aku.. line  lembab  macam siput sedut..

well. aku dah dapat internet yang super duper, apalagi online sampai ke pagi la gamaknya. sampai aku dah tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4.35 pagi. sedang aku asyik melayari internet. member aku yang comel bernama ain pun masuk

"kay o kay"
" apa?"
"sahur wey,"
"ok."

tapi aku still lagi mghadap laptop.
" o kay. sahur jum."
"ok.ok."

badan belum lagi bergerak. ain pun datang.

"kay, jumla sahur "
" yelaaaaaaaaaaaaaa"




 aku pun bangun dengan perasaan malas dan menuu ke ruang tamu bilik. member aku ni dah hidangkan air kopi + roti marrie . budak2 lain sudah siap sedia dengan maggie masing2.

" kay, sori la, ni je yang ade."
:sokey, no hal la. tak kesah pun"

walaupun ko sediakan air kopi + roti kering....aku still lagi terharu wey sebab ada orang tolong sediakan sahur untuk aku hahah.



paling aku tak boleh lupa la kawan sebilik aku ni, LAILA. masa awal-awal bulan puasa, dia rajin nak kejutkan aku. pernah satu hari, dia kejutkan aku lepas tu bagi aku air susu (kot) and roti kering. aku bangun-bangun dari tidur terus disuruh makan. LEpas aku makan, aku terus sambung tidur. belum termasuk dengan kawan aku HELENA ni. walaupun dia ni non-muslim, tapi dia la yang rajin kejutkan kitorang bangun sahur. pernah satu hari dia kejutkan aku, lepas tu dia sediakan makanan kat meja aku. hohoho .. aku dah rasa macam anak raja pulak. tapi, tulah kenangan yang aku tak boleh lupa sepanjang bulan ni. untung dapat member bilik macam diorang, kadang-kadang diorang suka marah-marah aku bile aku slalu mandi kul 2 pagi. aku x marah pun, tapi seronok sebab tu tandanya diorang sayang aku. tapi kadang-kadang aku saje je buat muka poyo + jelir lidah depan dioraang. saje je kasi panas . hehe


kitorang pun makan sambil berbual dan tak lupa jugak melawak di pagi buta. aku rasa kalau ada speaker memang kitorang dah pasang tema lagu BERSAMAMU untuk menyemarakkan lagi perasaan bersahur itu.

bila bersahur ramai-ramai dengan member, aku teringat dekat rumah.rindu punya pasal la. masuk tahun ni, sudah 2 tahun aku tidak menyambut bulan mulia dengan family aku.

paling aku ingat asal time sahur je, memang liat la aku and adik aku ni nak bangun.  family aku ni jenis jarang nak bersahur. memang dalam sebulan tu boleh dikira pakai jari je bilangan hari kitorang bersahur.  bila time sahur, memang aku dan adik aku bangun duduk dekat meja dapur, tapi mata tu still lagi tertutup macam dah kena gam gajah takpun sambung tidur bawah meja. bapak aku selalu sediakan makanan untuk kitorang. bukan aku malas... masa tu aku masih budak-budak lagi.   walaupun tak bersahur, adik aku ni still dapat tamatkan puasa dia. sumpah aku jeles sebab aku sebelum sebelum ni  ada jugak aku terbuka awal. hahah silap dengar azan kot. azan zohor tu aku fikirkan azan maghrib.  asal time sahur je, kitorang selalu terbabas. bukan setakat aku dengan adik aku je k. dengan bapak aku skali pun terbabas.  bak kata pepatah melayu, BAPAK BOREK , ANAK RINTIK.hahaha. em. em .tahun ni, sumpah sampai ke hari ni, aku belom lagi mengorbankan puasa aku. yeye!!! dan aku happy sangat2 sebab tahun ni aku boleh beraya dengan family aku.

ustaz aku selalu pesan  SAHUR ITU SUNNAH NABI. SIAPA BUAT DAPAT GANJARAN PAHALA. DAN LEBIH AFDAL KALAU DILEWATKAN.


 :: aku dah lapar skang, jap gi aku nak turun bawah nak bli  burger wat sahur.

No comments:

Post a Comment