Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.
Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8
dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai
maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia
Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan
adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari
2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke
tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya
bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van
kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau
telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47
hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas
mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang
pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan
doktor yang merawatnya.
Sewaktu
beliau koma,beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan
padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam
1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya
sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang
usianya.
Beliau
agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa
orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat
itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang
itu.
Dilihatnya
insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari
pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang
sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat
itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah
Yasin untuknya.
Ibubapanya,
ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat.
Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak
diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa
mereka tidak diterima.
Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa
kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa
yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi
padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat
waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit
lagi.
Adalah
mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya
dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan
mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab
Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....
Kurang
dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan
doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50
orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah
orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu.
Mereka
adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar
tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim
berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan
kewangan.
Mereka
telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan
Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas
mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45
petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri
beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya
sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam
komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau
telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana
mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya
amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia
telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat
sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya
kalaupun dia mati
3.Dia
telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan
sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.
termasuk dengan saya.
4.Beliau
jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah
masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau
jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah
anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau
jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.
Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada
keikhlasan.
7.Beliau
jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam
wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau
banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak
menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran
kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah
yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat
: Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi
pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari
cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan
takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu.
Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah
dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang
memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah
memberi.
♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

No comments:
Post a Comment