followers!!! fuh

Wednesday, 12 June 2013

KUCINg beBAs berLarRi VS KUcing PAMEran HIIasaN




Hi semua… hi abang-abang henshem… muah-muah awek chomel..
Korang ada bela kucing tak???
Ada???
Huh!! Aku pun ada.  Huahuahua. Meh wa nak celita sikit sama kamu olang semua.

Korang tau tak, aku ada 3 ekor anak kucing yang teramat sangat chomel dan terlampau sihat plus aktif gaban.  Plus diorang ni manja gila siot!! Sumpah aku tak tipu. Kucing-kucing aku ni sebenarnya anak kepada si COMEL. COMEL tu mak diorang, bapak diorang aku tak tau la.  Si COMEL ni pulak anak kepada si PUTIH. PUTIH ni kira nya dah ada pangkat nenek la. Lambat bonda terchenta aku nak dapat cucu, si PUTIH pulak yang dah dapat cucu. Lupe lak  aku nak bagi tau nama diorang yang chomel~….. mula-mula aku ingat nak kasi nama, BRITNEY SPEARS, LADY GAGA, SAM BUNKFACE, tapi  memandangkan jawatan aku kat dalam rumah tu sekadar hamba abdi so aku tak layak la nak bagi nama kat diorang. So, bonda terchenta aku la yang paling layak memandang kan beliau yang memegang jawatan sebagai permaisuri. So bonda terchenta aku pun letak nama SOLEH, SOLEHAH, SOLEHIN. Cantik kan nama diorang. Besar nanti mesti diorang ni berjasa kepada kitorang. I hope so~~

Hakikat nya, nama jer solehah la sangat tapi perANGAi diorang ni fuh!! Aku yang terlampau nakal  in list of my sibling pun boleh kalah. Setiap saat, minit, jam, hari, dan blablabla keje diorang berlari je.  Rumah aku tu dah boleh jadi taman permainan.. Lau lari tak lompat orang takpe la. Ni tak, lau kitorang baring2, maka secara otomatiknya badan kitorang betukar menjadi pagar tembok china untuk anak2 kucing aku lompat. Pastu, kat bahagian  muke kitorang  pulak diorang terbang.  Sikit-sikt nak lari,  emangnya diorang ni tak boleh berjalan barangkali. Yang aku tak boleh tahan, lau aku baring ke, nak tido ke, ha time tu la diorang nak bermanja sakan. Lau gesel2 kat kaki  x pe la. Ni tak, habis muka aku yang diorang nak jlat..

GIRL!! YOU NOT SAME LIKE A DOG!! Huahua…. Sikit2 nak jilat muka aku, ingat muke aku  ni aiskrim paddle pop ke.. >_________<

Yang best nyer kucing2 kesayangan beta ni, diorang tak berak merata2. Diorang ada port tertentu  untuk diorang ehem-ehem. Muke diorang ni chomel giler. Sumpah aku tak tahan nak nengok. Hahaha kucing aku nih, aku tak letak pun dalam sangkar. Tak seronok la bela kucing dalam sangkar. Diorang bosan  giler tahap super saiya dalam tu. Tak dapat berlari lari satu hal. Pastu  tak dapat nak usha-usha kucing lain pun satu hal.  Asyik dok termenung je.  O_o



Weyh~ kucing mengusha??  :9
La.. haiwan tu.. ada nafsu la, ada hati.  Hahah :D
So. Point aku yang sebenar-benar nya nak tulis kat entry ni nak bagi tau perbezaan kucing di simpan dalam sangkar and kucing yang hidup bebas berlari dalam rumah.

…………..  :3   meoooWWW   ………………..

KUCING PAMERAN HIASAN~ diorang ni pemalas , asyik dok termenung je dalam sangkar. Lau sangkar sebesar  bilik korang takper la. Boleh lompat2. Ni tak, badan besar. Tapi sangkar pulak sebesar baldi yang mak-mak korang pakai tuh. Lau kucing tu terer  speaking, kompom diorang kate : “WHAT THE HELL?!!! Korang ingat aku ni pejahat ke yang korang nk sumbat aku dalam penjara yang kecik ni.” Bila asyik terkurung jer, macam mana nak sihat and kuat.??KU

KUCING BEBAS BERLARI~ diorang confirm2 la ter over aktif macam kanak2 ribena. Sikit-sikit nak lari. Nak tunjuk yg diorang ni laju giler. Hehe yelah, ruang untuk diorang bergerakkan  amat luas. So, secara otomatik kaki2 diorang ni lebih kuat dan tough berbanding dengan KUCING PAMERAN HIASAN.


Lau bab makan..


KUCING PAMERAN HIASAN~ lau time tuan bagi mkn time tu je la lunch diorang, lau tuan x bagi, x mkn la. Puasa sunat la nmpaknya.. so, bila dah tiap2 hari asyik tuan je bagi mkan, secara logic kot, diorang xder ‘independent” dalam diri dorang. Makn pun kena suap. Kira ok la lau tuan bgi mkn, kalau tuan tu jenis pelupa, kang  3 hari dia x bagi kn, kang nazak pulak kucing tuh. Kena pulak lau tuan diorang pergi bercuti ke, balik kmpung ke, xkn nak bawak kucing jugak kot… sape la  nak bagi mkn kucing2 tuh..


KUCING BEBAS BERLARI~ diorang ni time makn, diorang yg tentukan. Lau nk makn, cari je mana2. Diorang ni pndai bwk diri, pandai jugak cari mkn.  Lau korang tak bagi makn, siap! Secara otomatiknya korang jadi mangsa kejar oleh kucing2 korang. And, most important, bile time nak blik kampung, korang tak perlu risau bab makann  tok kucing2 korang. Kompom2 diorang leh carik sendiri. And korang tak perlu nak beli makanan  jenama mahal-mahal  sebab kucing korang bukan memilih sangat pun. Diorang tak pandang keropok kucing sangat. Diorang lebih suka makan ikan. So, kalau korang ada bela kucing dalam rumah, baik korang jangan nak berangan nak bela ikan pulak.


Harga~~


KUCING PAMERAN HIASAN~ kucing-kucing jenis ni, mahal banyak . bukan mahal sikit tau. Biasalah kucing baka baik punya. Contohnya Kucing parsi,kucing siam dan sebaka dengannya. Bulu diorang pun bukan nya jenis biasa-biasa. Pergh lembut nak mampus. Rasa seronok bila korang usap diorang. Bulu panjang pulak. Tapi bukan semua jenis kucing yang ada bulu jenis superb camni.

KUCING BEBAS BERLARI~ kucing jenis ni, korang tak payah nak keluarkan duit tabung korang just semata-mata nak beli kucing .korang   KUTIP jer mana-mana anak kucing yang korang rasa chomel2. Pastu simpan dekat rumah, ajar diorang kat mane tempat sepatutnya kena berak. ( selalu nye bila kitorang nak bela kucing, benda pertama yang bonda terchenta aku akan buat ialah cakap kat kucing tu syarat2 yang perlu dia ekot lau nak menjadi ahli keluarga kitorang  seumur hidup. Syarat2 tu bukan benda susah pun, just bagi tau jangan berak n kencing dalam rumah, berak kat mangkuk tandas. Then, kucing2 tu pun ekot la list2 yang mak aku bagi tu. Mak aku kata, haiwan ni faham apa yang korang kata. Asalkan korang  jangan berkasar jer. Diorang pun makhluk Tuhan.

Laman sosial~

KUCING PAMERAN HIASAN~ korang ingat kucing-kucing korang seronok dok sorang-sorang dalam sangkar tu?? Kompom2 la diorang bosan! Diorang pun perlu bersosial macam korang jugak. Korang takpe la. Ada skype, wechat, facebook, y.m, twitter, myspace, youtube blablabla.. Tak payah keluar rumah pun korang dah boleh bersosial sampai ke negeri arab. Yang kucing korang tu pulak korang ingat diorang pun macam korang ada pakai menatang tu semua ke?? So, diorang pun nak borak-borak dengan  kaum2 diorang. Nak cerita masalah ke, gossip ke, Nak tambah kenalan ke..HUAHUAHUA .. korang tak kesian ke kat diorang kesunyian?? FOREVER ALONE!! =__________=!!’


KUCING BEBAS BERLARI~ diorang punya laman sosial terlampau luas. Habis kucing satu kampung diorang dah kenal2. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pandangan. C: hahahak diorang ni kaki jalan. Merayau no 1. Tak pun mengendap kucing betina. At least diorang tak la FOREVER ALONE!!



 Cukup tak point-pont yang aku bagi tadi??
Kalau tak cukup jugak korang fikir-fikirla sendiri. Kerahkan otak korang yang korang jarang nak guna tuh. At least la nanti sel-sel neuron akan berkembang. Jangan malas nak guna otak.
So, korang nak letak kucing korang dalam sangkar ke?
Tak kesian ke?
Betolke korang SAYANG dekat diorang????
Korang rasa korang adil ke dekat kucing-kucing korang?
ADIL tidak bermaksud BAHAGI SAMA RATA. Maksud sebenarnya ialah MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA. ( benda ni ada dalam buku teks pend. Agama Islam)
So, duduk bersandar, fikir balik.
meeeoooooWWW


p/s: benda yang mak aku selalu pesan > kalau terjumpa kucing mati kat tepi2 jalan, tolong la tanam kan bangkai diorang. Benda ni la aku selalu buat tu pun lau masa ada.

Saturday, 8 June 2013

SYURGA DI telapak kaKI MAK~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

mak..
ibu..
umi...
mama...
mum..

ada bermacam-macam panggilan. tapi ia tetap mambawa maksud yang sama.
seorang yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan.
yang mengisi kala sunyi bertandang
seseorang yang selalu di samping kita
di kala kita susah atau senang
duka atau gembira
yang sudi mendengar cerita di saat mulut kita tak henti-henti bercerita itu ini.
seseorang yang sanggup berkorban harta benda dan nyawa untuk kita

tapi
pernah kah kita berterima kasih?
pernah ke nak bersyukur?
pernah ke ucap kat mak korang yang korang BERSYUKUR di kurniakn ibu yang penyayang.




jangan sampai suatu hari
hanya jasad yang terkujur
roh sudah dicabut sang malaikat
baru lah menangis sakan
baru lah nak menyesal
barulah rasa nak minta ampun

selagi mak korang masih bernyawa, layan la sebaik-baik yang mungkin. INSYAALLAH, hidup korang akan berkat dan selamat



PasiR panJANg, SARAWAK

uitssss
ASSALAMUALAIKUM

Cuti sekolah ni, korang tak pergi mane2 ke?
tak kan dok kat umah je..
ni nak citer ckt, masa cuti ni adalah jalan-jalan dengan cousin mazen aku ni..
2 orang . tikah jali n arfah.
diorang ni cousin sebelah mak aku.
aku ni ada ramai giler kazen. sebelah ayah ada la lebih kurang dlm 20 orang 
sebelah mak aku pulak dalam 20 lebih cam tu gak
bayang kan....

point kat sini bukan nak citer pasal COUSIN aku, tapi aku nak cerita pasal PASIR PANJANG.
PASIR PANJANG ni kira nya tempat lepak feymes kat KUCHING , SARAWAK.
so, tempat ni sebenar nya tak jauh sangat dari GUNUNG SANTUBONG. Korang pernah pergi 
GUNUNG SANTUBONG???
tu pun tempat yang korang WAJIB  pergi kalau korang datang melancong ke BUMI KENYALANG

Pasir PAnjang ni, masok x bayar pun. freee je. kat sini ada kolam renang budak2, gelanggang futsal pun ade, padang permainan budak2 pun ade. Makanan?? toksah risau. dijamin halal k.


by the way, kalau korang nak g melancong kat sini, roger2 je kat aku
aku leh bawa je korang jalan2 kat tempat2 yang korang patut pergi kalau datang kat KUCHING SARAWAK. kalau kat bahagian lain contohnya Miri,Limbang, Sibu ke, tu aku x pernah pergi lgi bro.. kira na aku ni jdi pemandu pelancong korang la nnti heheheh

meh aku kasi korang tengok gambar ni keyh


yang tu gunung santubong. maaf sebab gambar hodoh yooo


maaf yang ni bukan AKU kayh. SUMPAH. hahaha ni cousin aku :9












so....
sebelum berangan nak melancong ke negara luar, baik kita pusing2 satu MALAYSIA nih dulu. baru la syok...


pukul 6.45pm
azan maghrib dah berkumandang.

done

Monday, 3 June 2013

~MELAYU, Cina, INdia, IBAN, & Lain2??

BISMILLAH

EHEM, 
  
ko bangsa ape?
ko melayu ke?
ko kenal ke budak cina tu?
please okey, aku tak main an budak india...


dalam Hidup seharian korang mesti ada terdengar word2 gini.
isu perkauman. walaupun pada tahun 2013, isu ni memang semakin hebat meniti di bibir2.
salah ke kalau aku nak berkawan an budak cina?
salah ke kalau aku nak berkawan an budak india?
salah ke?

salah ke?

MEmang tak salah pun, tapi yang menjadi masalah nyer, rata-rata manusia yang bernafas di tanah Malaysia yang aman damai ni suke sangat nak kutuk-kutuk kaum lain.
bukan nka mengutuk or berpolitik, cume terkilan dengan segilintir manusia2 nih, bile tengok bangsa lain macam tengok alien pulak doh.lalalal

skang ni, konsep 1 MALAYSIA smakin di uar-uar kan,
tpi ape yang aku tgk , maseh gak same. cina dengan cina, melayu with melayu. india dengan india la.kaum ni kutuk kaum tu. kaum tu hina kaum there.

tpi sepanjang hidup aku, syukur aku tak hidup dalam isu perkauman, siyes dude, masa aku start skolah menengah, aku dah ada buat kawan an budak2 iban. aku tengok ok jer, macam biasa jer,  takder pun diorang ajak aku pegi buat benda haram. malah diorang hormat aku, see... HORMAT itu penting. masing2 ada agama masing2. well, Kekadang bila budak2 muslim solat, diorang x de nk buat bising. kadang2, kalau aku terlupa solat, diorang yang tolong ingtkan. see....
kdang2 bila budak2 mslim puasa, ada jugak lar member2 kitorang yang NON-MUSLim tu ekot puasa sekali.
sepanjang aku meniti hidup sebagai pelajar sekolah menengah, mostly kawan2 aku, budak iban, bidayuh, n melayu.  anyway, bestfriend aku dulu budak iban. x de yang pelek nyer kalau kita bergaul dengan sesama makhluk Allah.
aku teringat , masa tu aku form 3,masa aku terpilih mewakili dalam MSSM peringkat negeri, masa tu aku sorang je wakil dari sekolah aku, aku x kenal sape2. ada ramai budak melayu, bila aku ber tegur sapa, diorang buat taik je kat aku. aku kan loser, hahaha pandang aku macam pelek. aku kan budak baru, then masa tu, aku join group budak2 iban. aku ni x kesah pun nak kawan an sape2. budak2 iban tu ok giler je, bile aku xde bantal, siap ajak aku kongsi skali. masa mandi pulak, kitorang mandi ramai2. masa tu  toilet nampak cam seram so kitorang decide nak mandi ramai2. bile time makn, kitorang makan skali.  Baca doa masing2 la. bile aku g surau nak solat, diorang siap tunggu aku dpan surau. tu baru kawan  beb.sumpah aku terharu an diorang. tapi sayang, aku lost kontek an diorang. see....
xde pun diorang jahat. 

afTER SPM,,,,,
aku g plkn, 
seronok giler.
then kat situ aku berkawan an budak2 india n cina. seronok giler.
kitorang lepak makan kuaci sesama. jalan pun sekali, sampai ada member laki kutuk-kutuk aku sebab rapat an budak2 cina. hairan~~
budak2 cina ni, klau korang baek kat diorang. diorang pun akan BAIK GILER KAT KORANG. berdasarkan pengalaman aku la. budak2 cina ni rajin yang teramat.
yang seronok nyer, aku ada berlajar bahasa cina n india. huhu. tapi aku dah x ingat.

bile aku masok UNIVERSITI, yang dipelopori oleh budak2 melayu, aku yang rasa janggal. masing2 lepak an geng masing2. walaupun aku melayu, p tegor an bdak sebangsa, pergh, aku merasakan diri aku ni casper je. x d layan doh. budak bandar kawan an budak bandar. budak UP lepak dengan budak UP.  bile aku lepak an budak bukan sebangsa n bukan seagama, laju je mata diorang tengok. macam artis pulak.
sedeh wey~
begini ke masyarakat kite?
bukan semua ok.....
so, buat ape nak berkawan ekot wana kulit sama? 
 
 x salah kalau nak berkawan dengan lain2 bangsa. sambil berkawan, pengetahuan korang pasal kaum, agama, bahasa bertambah. N pengalaman hidup korang pun bertambah

KAWAN BIAR BER'GIGA'

Sunday, 2 June 2013

DOa oh doA

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma,beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. 

Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. 

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. 

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. 

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. 

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. 

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya kalaupun dia mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. 

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. 

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

♥ jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca ♥

naMA itu DiRi kita

salam, masa aku bosan2 dekat rumah mak ngah, aku pun online la, aku pun cari la maksud nama aku. meh tengok

Nur Amiza

NurCahaya


Apa ada pada 'NUR AMIZA' ?

NUR AMIZA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
MMesra
IIkhlas
ZZuhud
AAlim
Apa ada pada nama?


so, korang pulak? x nak try ke?

~CuTI SEKolaH...

CINTA ITU BEST hahah
 xda kene mengena pun. ada aku kesah. hhaaa

salam satu MAlaysia

so, cuti 2 minggu ni korang buat ape?? jalan2 ke?pusing kampung ke? tgk tv 24 jam? tido tak bangun2? mkn x henti2? so ape plan korang?melepak kat warung pak jabit ke? daaaaaaaaaa.... mesti dalam kepala korang yang sederhana besar tu ada terfikir nak pegi mandi kat kolam, sungai, laut dan seangkatan dengannya.         ( 93% budak2 akan fikir macam ni k). so, dalam 93% tu aku confirm tak terkecuali jugak la. so, hari ini, aku bertemankan 2 lagi kazen sebelah mak aku pegi mandi kat Family Park ( tak sume org tahu tempat ni) yang berdekatan dengan sebuah gunung la. gunung ape aku pun x tau. tempat ni memang best lau nak habiskan masa2 yang korang x tau nak buat ape kan. tempat tu, ada air terjun, n byk batu besar bapak pulak tu. so, aku n kazen aku tu pegi la mandi. tapi kitorang x pegi tempat yang ada ramai orang. x best la n malu la aku nk berenang kalau ada orang tengok. aku bukan pandai berenang pun. eksyen je lebeh, hahahha. so, bila dh jumpa satu port tu, ape lagi, aku n kazen aku pun terjun la. macam2 gaya pulak tuh. lama jugak la kitorang main air. kitorang bukan takat seronok dapat main air jer, seronok dapat  jatuh tergelincir pun ade. ye la, dah batu licin. sampai lebam lutut aku. membiru~ btw,kat situ  pengunjung tak putus2 datang. ada yang pergi dengan family, member2, n yang couple pun ada. untung ar ada pekwe. hahaha.. bila dah 2 jam kitorang mandi, kitorang pun gerak nk balik la, walaupun aku belom rasa puas nak mandi. hahah xpe, nanti aku berenang dalam baldi je la. hahaha masa kitorang nak balik tu, aku tgk la sekeliling air terjun tu. bak kata vin diesel, di mana ada pengunjung, di situ ada sampah sarap. banyak gler sampah sarap der. yang aku pelek, tong sampah yang disediakan x jauh dari tempat berkelah. kenapa la rakyat Malaysia ni suka sangat membiarkan sampah2 ni berkeliaran eh? malas benor diorang ni yo.

so, cuti cuti pun, jangan la sampai membuang sampah sesuka hati ye. penat-penat makcik2 cleaner nanti. kesian kat diorang. kesian kat diorang satu hal, x kesian kat bumi ke????

ILMU DARI JAKIM :) > MANDI WAJIB


Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…