PEtangggggg....
ehem.... minggu ni budak-budak U sekarang dah start sibuk nak turun latihan untuk SUKAN.
so, sekarang ni dah boleh dikatakan musim sukan la. masing-masing sibuk nak tunjuk bakat terpendam yang dah berapa lama diperam sehingga busuk baunya (HAHAHHAHAH), sibuk nak tunjuk skill masing-masing, aweks gerdik-gedik pun tak lupa jugak. diorang pun dah start rajin nak joging petang-petang , saje nak tunjuk yang diorang ni pon bersukan jugak padahal nak cuci mata tengok abang-abang senior yang tengah training futsal... alaahhh..... normal la.
sukan kat sini ada macam-macam. ada bola tampar, futsal, netball, hoki, bola baling, tennis, and banyak lagi la.aku malas la nak taip semua sukan sebab aku x join pon sukan2 yg aku sebut ni hahaha
kebiasaannya, sebelum ni, memang sunyi je kat court U ni .. siap ada bunyi KRIKKKK... KRIKKK. kalau dalam versi komik memang korang nampak daun-daun jer yang terbang di bawa angin.
tapi , tu citer lama, skang ni, semua court dah penuh dengan budak-budak cerdik pandai .sampai ada pasukan yang bising-bising x dapat padang. haaa,.. meh sini aku nak story-sikit kat hang....
macam cerita petang tadi la, dalam pukul 6 pm, member aku ajak aku pergi main futsal. saje nak datang menyibuk walhal aku mane reti nak main futsal. tapi memandangkan member baik ajak, aku pon pergi la dengan harapan boleh meng 'improve' kan bakat terpendam aku kannn. sampai2 je dekat court futsal, aku terus la join budak-budak ni main. sepak-sepak biasa je, tak samapi 20 minit kitorang dah kena halau sebab budak2 bola tampar nak guna court. kitorang nak lawan?? memang tak arr. diorang tu abang-abang senior kot. gile kooo....
so kesimpulan nye, kitorang duduk tercongok je dekat tepi court sambil tengok diorang main. sambil-sambil tengok tu, sempat gak aku dengar diorang ni emmmm.... bukan mengumpat okeyyy.. not my type okay.. talk shit about them... diorang ni, cerita la dekat aku yang diorang bengang la ada budak ni join sukan sampai 3 game. memang dasyat giler. lau hebat sangat takpe la. lau confirm-confirm dapat pingat emas x pe kot. hhah yela, ko bayangkan, ko nak main sampai 3 sukan. dapat ke ko nak bahagikan badan ko jadi 3 untuk pergi training. sebab time training untuk semua sukan sama jer and dapat ke nak fokus untuk menang. amik contoh la. ko join futsal, bola tampar dan netball. ko yakin ke dapat turun training setiap kali latihan. stamina ko terlampau cukup ke?ko betol-betol dapat bagi komitmen ke? pleaseeee... JANGAN NAK JADI TAMAK. kalau ko nak tamak dalam bab makan, tu lain cerita la. ni tak, semua game ko nak rembat. bagi la peluang budak-budak lain untuk menyerlahkan bakat diorang pulak. asyik muka ko jer. kalau menang takpe la. ni tak, training selalu escape.
itu baru training. TIME TENGAH GAME lain pulak cerita.. entah tiba-tiba game ko clash. 2 game jatuh pada hari yang sama and bertambah haru bila jatuh pada masa yang sama. tak ke rasa macam jahanam bila pasukan ko betol-betol tak cukup player. betul-betul macam emmmm... tak payah la aku nak sebut macam mana perasaan tu.
game clash lain cerita, ni pulak tina-tiba ko injurd sebab ko ada game sebelum ni. ko injurd bukan injurd ringan-ringan. ko bayangkan.. tak ke haru team ko nanti. jadi sebelum korang nak join apa-apa sukan , make sure korang tahu korang ada peluang menyerlah dalam game tu. ko pandai main ke tidak, tu tak penting sangat. BAKAT BOLEH DI ASAH. yang paling penting, ko ada KOMITMEN ..bukan setakat sukan je, semua benda yang ko buat mesti memerlukan komitmen yang tinggi.
so, point aku dekat sini sebenarnya nak bagi tahu kat korang, korang ambik banyak2 sukan dalam satu masa yang sama memang bukan satu keputusan yang bijak.
kalau nak berjaya, join satu sport, fokus betul-betul, tanam matlamat ko, contoh ko nak emas ke, perak ke, asal kan ko ada hala tuju. then rajin turun latihan. bab ni paling penting, ko main sampai peringkat negeri sekali pon, tapi ko tak pergi training , takde guna nya. lepastu bagi komitmen. dengar cakap coach.haaa selamat la kau. ni pendapat aku saja. bukan fakta ok.
p/s : aku join 2 game takpe, aku ni tough HAHAHAH

No comments:
Post a Comment